Pengacara Uyaina Arshad telah selamat berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah bersama ibunya, Siti Noor Farah Al-Wafa dan abangnya, Uzreem pada 15 September lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Uyaina memohon kepada peminatnya supaya mendoakan perjalanannya ke tanah suci akan dipermudahkan.
“Indahnya menjadi seorang hamba.. Walaupun d0sa sebanyak pasir di pantai, tapi Dia tetap akan mengampuninya selama mana kita meminta keampunan dari-Nya.
“Insya-Allah Yana, Ummi dan Abang Uzreem akan menunaikan umrah. Doakan perjalanan kami dipermudahkan, selamat pergi dan balik,” tulisnya.
Pemilik nama sebenar Saidatul Naseha Uyaina, 27, menyatakan ini merupakan kali kedua dirinya berpeluang ke sana iaitu pada tahun 2014.
“Alhamdullilah ni kali kedua Yana pergi umrah. First time pergi tahun 2014. Ummi yang bawak.
“Dan tahun ni, giliran Yana pulak bawak Ummi. Semoga Allah murahkan lagi rezeki Yana supaya dapat bawak Ummi ke mana-mana sahaja yang dihajatinya aaminn,” tulisnya lagi.
Menerusi gambar yang dikongsikan itu, rata-rata peminat mendoakan agar ibadah Uyaina berjalan dengan lancar.
Dalam perkembangan lain, bintang drama Curi-Curi Cinta ini sedang mengendalikan acara Golden Memories Asia 2019 dan bakal mengacarakan musim terbaru D’ Academy Asia di Indonesia.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! DV
Sumber : Gempak via sinar viral
Be the first to comment on "Tunai Umrah Buat Kali Kedua, Peminat Doakan Urusan Uyaina Arshad Dipermudahkan"