Ringankan Tugas Isteri, Suami Ini ‘Rekemen’ Hadiahkan Sebiji Mesin Dryer!

Bagi sebahagian isteri melakukan kerja-kerja seperti mencuci, menyidai, melipat, menggosok baju antara perkara yang cukup renyah untuk dilakukan. Apatah lagi jika tiada pembantu rumah semuanya kena buat sendiri, memang memerlukan banyak masa dan tenaga.Belum dicampur jika mempunyai ahli keluarga yang ramai. Bayangkan berapa banyak baju yang perlu diuruskan. Penatnya. terkejar-kejar masa.

Namun perkongsian daripada Mohd Fhais ini mungkin boleh dijadikan panduan buat para suami, bila nak hadiahkan sesuatu bermanfaat buat isteri, iaitu dengan membelikan mesin ‘dryer’. Banyak kelebihannya bila ada mesin dryer ni di rumah.

Berikut perkongsian tersebut;

Inilah hadiah paling bermanfaat saya pernah beri pada isteri.

Kalau serius nak bantu ringankan tugas isteri, saya rekemen bagi sebiji dryer mesin ni kat rumah kerana sebiji mesin ni sahaja boleh selesaikan berpuluh masaIah dalam rumah.

Antaranya,

1.Jimat Masa

Jimat masa kerana baju lebih cepat kering. Dah tak perlu nak tunggu sehari suntuk jemur baju di ampaian. Itu pun kalau langit cerah, kalau mendung 2-3 hari belum tentu kering.

2.Kerja Jadi Mudah

Lepas basuh terus masuk mesin dryer. Dah tak perlu masuk bakul, angkat satu-satu bawa ke ampaian. Dapat ampaian jauh, boleh sado badan isteri tu angkat bakul hari-hari.

3.Baju Tak Berhabuk

Habuk, benang, debu semua dia sedut. Bila jemur bawah matahari 3 benda dia tak sedut. Malah tambah teruk lagi ada la, dengan asap kereta, asap rokok, pasir berterbangan lagi.

4.Kurang Risiko Kena Bulu Kucing

Kucing mana boleh nampak kalau ada port untuk landing ni. Mula la dia nak mengepet. Penuh bulu kucing kat baju.

5.Privasi Pakaian Terjaga

Dari besar sampai kecil pakaian semua ahli keluarga kita ada privasi sikit. Tak ada la jadi tatapan mata orang lain yang lalu lalang kat situ.

6.Tak Perlu Risau Tentang Aurat

Isteri tak payah risau tentang aurat. Semua buat dalam rumah. Ini manfaat paling besar sebenarnya. Kadang angkat baju tudung lupa pakai. Kalau hari hujan berlari nak angkat baju, tak perasan dah baju di pakai tu sempurna ke tak tutup aurat.

Ini belum cerita lagi manfaat seperti senang nak lipat baju, baju tak tersangkut, baju tahan lama dan berpuluh lagi manfaat lain yang memang boleh jimat masa, jimat tenaga dan jimat kerja orang rumah.

Bila isteri dah tak banyak buang masa dengan tugas basuh baju ni baru la dapat dia nak berkepit dengan suami 24 jam.

Wallahu A’lam,

Mohd Fhais
Bukan je dapat keringkan baju, malah dapat buat hati isteri semakin cair meleleh tau.

Sumber: Mohd Fhais Via Mingguan Wanita

Facebook Comments

Be the first to comment on "Ringankan Tugas Isteri, Suami Ini ‘Rekemen’ Hadiahkan Sebiji Mesin Dryer!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*